Categories
Uncategorized

CONTEST PENJANA HIJAU – HADIAH RM1,000 CASH!

Salam sejahtera. Tentu ramai yang nak menang contest ini kan? okey senang je, ikut step mudah dibawah ini dan anda berpeluang untuk menangi hadiah wang tunai sebanyak RM1,000.

Pertama – LIKE facebook page Penjana Hijau www.http://facebook.com/penjanahijauofficial/

Kedua – Share artikel ini di wall facebook anda, lagi banyak anda share, lebih tinggi potensi untuk menang contest ini.

Ketiga – Beri ulasan peribadi anda secara ringkas tapi padat mengenai e-Majalah Penjana Hijau (Majalah Pertanian online pertama di Malaysia) di ruangan komen di posting ini (Facebook)

Keempat – Done. Selamat berjaya!

Keputusan akan di umumkan pada 30.5.2021 (Ahad) pada 10.00 malam di page facebook Penjana Hijau. Keputusan adalah muktamad dan akan dipilih secara rawak menggunakan apps Pick Random Page Facebook.

5 orang pemenang akan memenangi wang tunai berjumlah RM1,000 dan langganan e-Majalah Penjana Hijau PERCUMA selama 1 tahun.

Pemenang pertama akan mendapat RM500, pemenang ke-2 RM300, pemenang ke-3 RM100, pemenang ke-4 dan ke-5 masing-masing mendapat RM50 seorang.

Pemenang yang tidak ikut syarat no.1, 2 dan 3 boleh dibatalkan serta merta dan akan diundi semula.

Tujuan contest ini dibuat adalah untuk memberi kesedaran (awareness) kepada semua rakyat Malaysia terutama golongan belia untuk menceburkan diri dalam bidang pertanian, penternakan dan perikanan.

Golongan petani adalah nadi kehidupan negara kita. sampai bila kita nak mengharapkan makanan dari luar negara. Our food, our future. Pendek kata pertanian adalah Satu perniagaan!

Ok, go!

Categories
Uncategorized

SDP cipta jentera tuai buah tandan segar sawit

KUALA LUMPUR: Sime Darby Plantation Bhd (SDP) memanfaatkan kemajuan robotik untuk memajukan jentera atau mesin yang dapat digunakan untuk menuai buah tandan segar (FFB) kelapa sawit, yang dijangka siap untuk penggunaan dalam tempoh lima tahun.

Ketua Pegawai Penyelidikan dan Pembangunannya, Dr K Harikrishna, berkata sekiranya misi ini berjaya, industri mampu mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja, terutama dalam kerja-kerja membabitkan penuaian.

“Menjelang 2026, kami boleh kurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja asing. Mungkin ia akan mengambil masa sedikit. Bagaimanapun, kami akan cuba percepatkan,” katanya kepada Bernama.

Harikrishna berkata, syarikat perladangan itu kini bekerjasama dengan pakar dari beberapa negara untuk menghasilkan prototaip praktikal dan memperincikannya dari segi pembuatan, kos dan harga.

Beliau turut mengakui kerumitan dalam mengembangkan alat penuaian yang sesuai untuk tanaman berikutan pelbagai jenis landskap yang ada.

Memandangkan kesukaran untuk memajukan jentera yang bersesuaian, beliau berkata, kebanyakan pemilik ladang kelapa sawit berpendapat adalah jauh lebih mudah mengupah tenaga kerja untuk kerja penuaian kerana sekiranya dibayar dua kali ganda upah pekerja, ia masih lebih murah daripada mengembangkan jentera seumpama itu.

“Namun, adalah lebih penting bagi kita untuk memajukan jentera ini sekarang kerana industri kini berhadapan kekurangan tenaga kerja asing yang meruncing berikutan penularan COVID-19.

“Sebelum ini, kami memang mempunyai masalah tenaga kerja tetapi sekarang, ia kian teruk. Banyak kali kami tidak dapat menuai tanaman dan ia terbiar mereput,” jelas beliau.

Harikrishna berkata, SDP turut meninjau kemungkinan menggunakan dron untuk kerja penyemburan racun dan membaja tanaman.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, syarikat turut menggunakan Genome Select, benih kelapa sawit dengan hasil tinggi untuk meningkatkan perolehan dan bercadang memperluaskan teknologi genom untuk tananam kurma dan kelapa.

“Ketiga-tiga tanaman ini sangat berkaitan dengan spesis sawit. Oleh itu, teknologi genom dapat digunakan untuk meningkatkan produktiviti tanaman ini,” katanya.

SDP memulakan penyelidikan dan pembangunan (R&D) terhadap Genome Select pada 2016 dan melakukan percubaan penanaman sebanyak 18,000 benih.

Kumpulan ini menerima ‘ibu sawit’ pertama pada 2018.

Sejak 2009, SDP melabur lebih RM150 juta untuk R&D dan menubuhkan salah satu makmal genotip terbesar di Asia Tenggara.

-BERNAMA

Categories
Uncategorized

RM21 juta pembiayaan Agro-YES untuk anak muda

PUTRAJAYA: Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) memperuntukkan RM21 juta bagi Agro-Youth Entrepreneur Scheme (Agro-YES) yang menawarkan pembiayaan sehingga RM500,000 untuk anak muda dalam bidang keusahawanan pertanian.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Ronald Kiandee berkata Agro-YES, yang merupakan penjenamaan semula Pembiayaan Khas Agropreneur Muda yang diuruskan Agrobank, ditambah baik antaranya pengurangan birokrasi dalam rantaian permohonan dan tempoh masa pemprosesan.

Sebelum ini, katanya semua permohonan bagi pembiayaan perlu melalui jabatan atau agensi di bawah MAFI untuk sokongan sebelum dikemukakan kepada Agrobank.

Advertisement

“Dengan penambahbaikan sekarang, permohonan boleh terus dibuat kepada Agrobank. Tempoh pemprosesan juga dipendekkan kepada 14 hari berbanding dua bulan sebelum ini,” katanya kepada media selepas melancarkan Agro-YES, di sini hari ini.

Ronald berkata pembiayaan di bawah Agro-YES itu melibatkan pembayaran balik sehingga tujuh tahun dengan kadar faedah dua peratus.

Pada tahun lepas, katanya penglibatan golongan muda untuk mendapatkan geran dan pembiayaan adalah seramai 1,159 orang dengan jumlah RM23 juta berbanding hanya 764 orang dengan jumlah RM13.7 juta pada 2019.

“Kita ingin melihat anak muda berumur 18 tahun hingga 40 tahun menceburi bidang pertanian bukan hanya peladang, penternak tetapi dalam rantaian industri keseluruhannya,” katanya.

Ditanya perkembangan cadangan skim insurans untuk penggiat industri pertanian dan agromakanan, Ronald berkata perkara itu masih dalam perbincangan dan Agrobank dipertanggungjawabkan untuk mengolah satu bentuk polisi yang sesuai.

Elemen insurans, kata beliau menjadi satu keperluan untuk pemain industri melihat sektor agromakanan negara dikembangkan sepenuhnya.

Ronald sebelum ini dilaporkan berkata skim insurans itu dilihat perlu kerana punca pendapatan para petani sering terjejas disebabkan bencana alam saban tahun. – BERNAMA

Categories
Uncategorized

7,266 permohonan pembiayaan PKS PENJANA libatkan RM1.366 diluluskan – Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR: Kerajaan meluluskan sejumlah 7,266 permohonan melibatkan nilai pinjaman RM1.366 bilion menerusi Pembiayaan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA), setakat 19 Mac, 2021.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz (gambar) berkata kerajaan memperuntukkan RM2 bilion bagi inisiatif itu yang mengutamakan PKS yang belum pernah mendapat pinjaman daripada bank sebelum ini.

Beliau berkata setakat 26 Mac, 2021, dana Bumiputera Relief Financing (BRF) yang diperkenalkan Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB), telah disalurkan kepada 749 PKS melibatkan RM226.8 juta berbanding 675 PKS dengan dana sebanyak RM195.2 juta pada minggu sebelumnya.

“Sejumlah RM11.82 bilion di bawah Dana Pinjaman Mudah PKS yang dikendalikan Bank Negara Malaysia (BNM) telah diluluskan dan akan dimanfaatkan oleh 24,921 PKS.

“Jumlah ini termasuk dana Kemudahan Bantuan Khas (SRF), Kemudahan Automasi dan Digital (ADF), Kemudahan Semua Sektor Ekonomi (AES) dan Kemudahan Agromakanan (AF),” katanya ketika membentangkan laporan Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (Laksana) ke-48, pada Rabu.

Tengku Zafrul berkata walaupun dana SRF telah dimanfaatkan sepenuhya, PKS masih boleh memohon skim pembiayaan yang masih tersedia melalui tabung BNM seperti ADF, AES dan AF.

Beliau berkata PKS juga boleh mendapatkan pembiayaan lain melalui platform imsme.com.my yang boleh membantu membuat padanan pembiayaan yang diperlukan dengan pelbagai penyedia dana untuk PKS.

Sementara itu, setakat 26 Mac, 2021 Pembiayaan Sektor Pelancongan PENJANA telah meluluskan 308 permohonan daripada jumlah keseluruhan 626 permohonan, dengan nilai pembiayaan sebanyak RM61.9 juta, katanya.

Beliau berkata bagi Sokongan Penggunaan Teknikal dan Digital PKS dan Syarikat Peringkat Pertengahan (MTC), sebanyak RM55.5 juta disalurkan dalam bentuk geran dan pinjaman kepada 12,476 perniagaan langganan perkhidmatan digitalisasi setakat 26 Mac, 2021.

Tengku Zafrul berkata menerusi inisiatif CENDANA pula, sebanyak RM2.43 juta telah disalurkan kepada 441 penerima terdiri daripada kalangan seniman, kolektif dan organisasi terlibat aktif dalam sektor seni dan budaya Malaysia.

“Para penggiat industri kreatif disaran untuk menggunakan peluang yang disediakan ini untuk menghasilkan karya mereka. Semua pemain industri terlibat boleh memohon bantuan dengan agensi berkaitan dengan melayari www.mycreative.com.my dan www.cendana.com.my,” katanya.

Beliau turut meminta peniaga kecil dan usahawan mikro supaya memohon Geran Khas Prihatin (GKP) 3.0 yang kini dibuka untuk permohonan sehingga 15 April, 2021.

Pada 17 Mac, 2021 Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan GKP 3.0 di bawah inisiatif Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) dengan setiap perusahaan mikro dan PKS yang layak akan menerima bantuan sekali bayar sebanyak RM1,000. – Bernama

Categories
Uncategorized

LPNM diwujudkan di Sabah untuk rancakkan industri nanas – Ronald

Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee (kanan) menyembur baja menggunakan Power Sprayer sempena Majlis Penyampaian Insentif (PRE) Prihatin Pengusaha Nanas di Laman Nanas, Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS).

SERDANG, 16 Mac — Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) akan diwujudkan di Sabah bagi meningkatkan pengeluaran serta meluaskan penanaman nanas di Negeri Di Bawah Bayu itu, kata Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.

Katanya, perkara tersebut telah dibincangkan bersama Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah Datuk Dr Jeffrey Kitingan dan bakal direalisasikan dalam masa terdekat.

Menurut Ronald, industri penanaman nanas di Sabah masih kurang berbanding di Semenanjung Malaysia.

“Perbincangan menunjukkan reaksi positif. Ini salah satu usaha bagi merancakkan industri nanas di Sabah. Dengan adanya LPNM (di Sabah) kelak, lembaga ini akan memudahkan pengurusan sektor ini selain menggalakkan lebih ramai menyertai industri nanas secara komersial,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Insentif Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) Prihatin Pengusaha Nanas di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di sini hari ini yang turut dihadiri Pengerusi LPNM Datuk Dr Sahruddin Jamal.

Berkongsi mengenai pengeluaran nanas negara, Ronald berkata kapasiti pengeluaran nanas adalah 400,000 tan metrik setahun dengan nilai lebih RM500 juta.

Bagaimanapun, katanya, jumlah tersebut tidak mencukupi untuk memenuhi permintaan pasaran di luar negara, bahkan pasaran tempatan.

“Kerajaan yakin, LPNM mampu meningkatkan keluasan tanaman nanas negara yang ketika ini berkeluasan 16,000 hektar kepada 20,000 hektar bagi menampung permintaan tinggi bukan sahaja untuk pasaran eksport malah dalam negara,” katanya.

Mengenai peruntukan bagi memperkasakan industri itu, Ronald berkata kerajaan memperuntukkan RM13 juta kepada LPNM untuk dimanfaatkan kira-kira 5,000 pengusaha nanas yang terdiri daripada pekebun, usahawan industri asas tani serta usahawan pemasar, pengangkut dan penjual.

Terdahulu pada majlis itu, beliau menyerahkan Insentif PRE Prihatin kepada 20 wakil pengusaha nanas – BERNAMA

Categories
Uncategorized

Lucky Bamboo, Pokok Bertuan Tahun Baru Cina

Lucky Bamboo: Pokok Bertuah Tahun Baru Cina

Lucky Bamboo merupakan tanaman hiasan yang popular dalam kalangan masyarakat Cina terutama semasa musim perayaan Tahun Baru Cina. Masyarakat Cina mempercayai sekiranya terdapat pokok Lucky Bamboo di dalam rumah, pejabat atau permis perniagaan, ia dapat meningkatkan Feng Shui di persekitarannya.  Sekiranya dijadikan hadiah, ia akan membawa Feng Shui tuah dan nasib baik kepada pemerimanya.

Buluh membawa maksud “panjang umur”. Menurut tradisi masyarakat Cina, terdapat maksud dalam setiap bilangan tangkai Lucky Bamboo di dalam setiap jambangan.

Cerita Sepenuhnya:

Langgan e-Mag Penjana Hijau.