Categories
Penternakan

Penternakan Arnab Pedaging

Penternakan Arnab Pedaging

Penternakan Arnab Pedaging

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email

Penternakan arnab adalah satu bidang yang masih luas untuk diterokai dan mempunyai potensi yang besar jika diusahakan. Potensi utama industri arnab dalam mewujudkan suatu agro bisnes dapat dilihat dari kemampuannya untuk berkembang biak sama ada diusahakan secara kecil-kecilan mahupun secara komersial. Profil arnab yang bersaiz kecil, prolifik, cepat berkembang biak, diet pracampuran, dan dapat menyesuaikan diri dengan baik kepada pelbagai persekitaran menjadi kelebihan kepada haiwan ini.

Langgan Penjana Hijau, Hanya RM 36 Selama Setahun!

Induk arnab New Zealand White dewasa mampu mencecah berat maksimum 5kg

Kadar pembiakan haiwan ruminan seperti kambing, lembu, kerbau yang perlahan dan ancaman dari virus Avian Influenza dalam penternakan ayam boleh dijadikan faktor utama untuk mencari alternatif lain bagi penghasilan daging yang mempunyai sumber protein, dan penternakan arnab boleh memenuhi keperluan itu! Potensi dari industri penternakan arnab termasuklah mengukuhkan sistem keselamatan makanan, meningkatkan pendapatan pengusaha, menyediakan peluang pekerjaan, menghasilkan daging sihat yang berkualiti tinggi, dan membangunkan ekonomi luar bandar.

Kini keadaan menunjukkan bahawa objektif penternakan arnab di beberapa negara Asia, walaupun pada skala mikro telah mula beralih ke arah tujuan komersil seperti yang berlaku di Indonesia, Filipina, Vietnam dan negara tercinta Malaysia. Pada masa kini, China adalah pengeluar daging arnab terbesar di Asia dengan pegangan 46% pasaran global iaitu sebanyak 469,000 tan setahun.

Sangkar buatan sendiri menggunakan wiremesh menjadi pilihan penternak.
Antara baka arnab yang digunakan dalam penternakan arnab pedaging iaitu arnab baka Californian.

SEJARAH PENTERNAKAN ARNAB PEDAGING DI MALAYSIA

Tiada catatan rasmi berkenaan kewujudan penternakan arnab di Malaysia. Walau bagaimanapun, penternakan arnab bukanlah sesuatu yang baru di sini. Kerajaan melalui Kementerian Pertanian mula memperkenalkan penternakan arnab sejak tahun 1988 lagi. Menteri Pertanian ketika itu, Tan Sri Sanusi Junid berhasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai hub pengeluar daging arnab halal. Pada masa yang sama, Kementerian melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan FAMA telahpun menjalankan kempen untuk menggalakkan dan mempromosikan penternakan arnab pedaging dan daging arnab. Australian Malaysian Livestock Trading (AMLT), sebuah syarikat usahasama telah ditubuhkan oleh Perbadanan Pembangunan Pertanian Selangor (PKPS) dan sebuah syarikat berpengkalan di Australia untuk mempromosikan penternakan arnab di Malaysia.

Kulit arnab bersama bulu (pelt) berpotensi dikomersialkan sebagai produk hiliran penternakan arnab.
Daging arnab biasanya dijual dalam bentuk karkas berat antara 1.0 hingga 1.2kg.

Baka arnab diimport dari Australia, Perancis, Itali, Amerika Syarikat dan New Zealand. Menurut laporan daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani pada tahun 2013 terdapat sebanyak 216 buah ladang arnab di seluruh Malaysia dengan jumlah populasi arnab keseluruhan melebihi 430,600 ekor.

PENGURUSAN ASAS PENTERNAKAN ARNAB PEDAGING

Pengurusan yang baik dan cekap merupakan kunci kejayaan utama untuk mendapatkan pulangan dalam bidang penternakan arnab. Pengurusan asas bergantung kepada beberapa faktor, iaitu bilangan induk arnab yang dipelihara, baka, jangka masa pengemukan, bekalan makanan, sasaran berat tuai untuk pasaran serta keadaan kewangan. Keperluan pengurusan asas bagi penternakan arnab merangkumi pengurusan kandang dan persekitaran, pengurusan induk, pengurusan rekod dan Standard Operation Procedure (SOP), pengurusan nutrisi dan pemakanan, pengurusan sanitasi dan kawalan penyakit, serta pengeluaran dan impak kewangan.

 

Penjana Hijau | E-Majalah Pertanian Pertama Malaysia

No 21, Lorong Pokok Seraya 5G, Taman Khidmat, 88450 Kota Kinabalu, Sabah

E: info@penjanahijau.com

Categories
Isu Semasa

Penjana Hijau, E-Mag Pertanian Pertama Malaysia

Penjana Hijau

E-Mag Pertanian Pertama Malaysia

Penjana Hijau, E-Mag Pertanian Pertama Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email

Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tempohari telah membataskan pergerakan orang ramai. Tidak dapat ke pejabat, sekolah, pasar, pusat beli belah, melancong dan malah tidak dapat pulang beraya Aidilfitri ke kampung masing-masing. Ramai yang telah sedar terutamanya majikan bahawa, tugasan pejabat boleh sahaja diselesaikan di rumah dan anak anak masih boleh meneruskan pembelajaran walaupun tidak ke sekolah. Barang-barang keperluan dan makanan masih boleh dihantar ke rumah walaupun anda tidak boleh ke sana dan ke sini. 

Langgan Penjana Hijau, Hanya RM 36 Selama Setahun!

Covid19 membawa norma kehidupan baru seluruh umat manusia.

Kenyataannya, kehidupan manusia berjalan seperti biasa walaupun tidak pergi ke mana-mana. Ini adalah kerana teknologi digital yang kita ada pada masa kini, semuanya adalah di hujung jari sahaja!

Di sebaliknya pula, pada masa yang sama ada juga yang telah hilang pekerjaan apabila banyak syarikat sudah tidak dapat menampung kos dan gaji pekerja menyebabkan ia terpaksa mengurangkan perbelanjaan dan ada yang terpaksa ditutup. Ini adalah antara kesan gelap akibat wabak merbahaya ini. Namun kita masih bersyukur apabila pihak kerajaan telah memperkenalkan beberapa insentif dan bantuan untuk rakyat, antaranya Pakej PRIHATIN, Pakej PRIHATIN PKS Tambahan, keluaran I-Lestari KWSP, moratorium atas beberapa bentuk pinjaman bank dan pelbagai lagi. Objektif utama supaya pusingan wang masih dapat berjalan dan ekonomi menjadi berdaya tahan di dalam negara.

Apa yang diperhatikan dalam masa PKP, masing-masing duduk rumah dan secara tiba-tiba mempunyai banyak masa terluang, maka ramai yang berusaha untuk memanfaatkan segala ruang yang ada di dalam dan sekeliling rumah terutamanya untuk bercucuk tanam, tidak kira secara skala besar atau pun hanya menggunakan pasu-pasu kecil. 

Ramai yang mula bercucuk tanam sayur-sayuran dan ada yang menanam pokok buah-buahan, apabila habis PKP boleh dipindahkan ke kebun dan diteruskan pertumbuhannya supaya dapat memberikan hasil kelak. Pada masa yang sama ada yang memulakan menghias lanskap rumah dengan tanaman bunga-bungaan, menternak haiwan untuk daging seperti ayam, itik, puyuh, arnab, kambing dan lembu serta ada juga membela ikan sebagai sumber makanan.

Pertanian mendapat liputan meluas semasa PKP bagi mengisi masa lapang masyarakat.

Pada mulanya majalah ini ingin dikeluarkan secara bercetak, namun setelah dikaji secara mendalam telah didapati medium cetak di atas kertas sudah menjadi tidak relevan dewasa kini. Generasi muda kebanyakannya memilih bahan bacaan terutamanya majalah secara digital yang boleh dicapai melalui sentuhan di skrin telefon pintar atau Ipad/Tablet atau melalui komputer. Pembaca tidak perlu lagi ke sana dan sini mencari majalah bercetak di pasaran, hanya perlu klik langganan setahun, dan setiap awal bulan majalah akan dapat dibaca di skrin. Pembaca juga tidak perlu lagi ruangan khas di rumah untuk menyimpan bahan bacaan, segalanya boleh dibaca atas talian atau dimuat turun (download) dan disimpan di dalam satu folder dan boleh diakses pada bila-bila masa sahaja.

Dunia pada masa kini juga bergerak atas landasan ‘paperless’ iaitu kurang penggunaan kertas supaya impaknya di masa hadapan adalah dunia yang lebih hijau dengan hutan simpan yang terjaga dan tidak dieksploitasi untuk tujuan yang sia-sia. E-majalah telah dipilih sebagai media yang bakal digunakan untuk majalah terbaru ini. Satu bahan bacaan yang boleh dibaca terus di telefon pintar masing-masing tanpa perlu penggunaan skrin yang lebih besar seperti komputer atau Ipad/Tablet. Dengan saiz e-majalah 14.8cm x 27.0cm, anda tidak perlu memperbesarkan skrin telefon pintar, hanya perlu leret jari (scroll) ke atas dan ke bawah sahaja untuk membaca. Mudah, cepat dan pantas!

Alangkah indah jika tanah-tanah terbiar ini dapat diusahakan hingga menjanakan hasil. Sememangnya benar kebanyakan tanah tanah ini mungkin sahaja bertuan dan tidak sewenang-wenangnya dibuat sesuka hati, tetapi bukankah ada banyak cara untuk diusahakan, mungkin dibeli, dipajak, disewa, dibayar tol dan sebagainya. Pokok pangkal tepuk dada tanya selera. Paling tidak, boleh sahaja usahakan kawasan sekeliling rumah sendiri, biarpun di beranda apartment, kondominium dan sebagainya. Sekurang-kurangnya perbelanjaan untuk cili dapat dijimatkan apabila ia dapat dipetik dari luar tingkap rumah sahaja!

Harap anda semua sentiasa dapat menyokong e-majalah PENJANA HIJAU, terima kasih…

Penjana Hijau | E-Majalah Pertanian Pertama Malaysia

No 21, Lorong Pokok Seraya 5G, Taman Khidmat, 88450 Kota Kinabalu, Sabah

E: info@penjanahijau.com